Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Thursday, August 28, 2008

Video Lingam



Pada 19 September 2007, negara dikejutkan dengan satu skandal yang didedahkan oleh ketua umum Parti Keadilan Rakyat ( PKR ), Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Beliau telah mendedahkan klip video selama lapan minit yang memaparkan satu perbualan telefon di antara peguam kanan VK Lingam dengan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim. Klip video tersebut, atau yang dikenali sebagai “Pita Lingam”, menunjukkan VK Lingam sedang berbincang dengan Ketua Hakim Negara tentang pelantikan hakim-hakim tanpa menyedari bahawa perbualan telefonnya telah dirakam secara rahsia oleh Loh Gwo Burne pada 20 Disember 2001.

Skandal ini telah menyebabkan rakyat di negara ini kurang yakin terhadap badan kehakiman kerana menimbulkan kesangsian yang mendalam terhadap kesesuaian Tun Ahmad Fairuz untuk mengetuai badan kehakiman dan kesesuaian pelantikan serta kenaikan pangkat hakim di negara ini yang telah dibuat berdasarkan cadangan Tun Ahmad Fairuz. Selain itu, skandal ini menimbulkan kebimbangan rakyat tentang sama ada penyelewengan yang selama ini begitu berleluasa pada peringkat pentadbiran negara ini kini juga berlaku dalam badan kehakiman. Rakyat juga berasa bimbang tentang sama ada keputusan mahkamah beberapa kes berprofil tinggi diatur oleh Ketua Hakim Negara itu.

Walaupun kemajuan teknologi komunikasi dapat memberi kebaikan-kebaikan tersebut, peristiwa tersebut juga menonjolkan keburukan yang dibawa olehnya. Hal ini kerana teknologi komunikasi telah disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu. Ini dapat ditunjukkan daripada apa yang dikatakan oleh Dr Mahatir bahawa klip video Lingam dibuat adalah untuk tujuan peras ugut. Selain itu, beliau juga berkata bahawa Suruhanjaya Diraja gagal membangkitkan isu Anwar telah “mengubahsuai” klip video itu. Penyalahgunaan teknologi komunikasi telah membawa kesan buruk kepada sesebuah masyarakat..

Penyalahgunaan teknologi komunikasi mengakibatkan ruang peribadi kita tidak lagi wujud. Dengan adanya kemajuan teknologi, perbuatan kita seperti akan diawasi pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, kita akan sentiasa berasa tidak bebas dan bimbang tingkah laku akan dirakam tanpa disedari. Kita juga sentiasa perlu berwaspada. Selain itu, penyalahgunaan teknologi akan mengancam keselamatan seseorang dan juga negara. Contohnya, daripada peristiwa Lingam ini, ekoran daripada peristiwa itu, Loh Mui Fah, bapa kepada Loh Gwo Burne, berkata beliau membimbangkan dirinya dan anggota keluarganya kerana mereka sering diekori dan menerima panggilan berunsur ugutan meminta beliau supaya “berjaga-jaga”. Selain keselamatan diri diancam, keselamatan negara juga akan diancam. Dr Mahatir mendakwa bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim sengaja mendedahkan video tersebut untuk merosakkan kredibiliti Lingam yang kebetulan menjadi peguamnya dalam kes saman Anwar. Ini mungkin akan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalanagan rakyat yang menyokong PKR. Ini akan menimbulkan huru-hara dalam negara dan seterusnya mengancam keselamatan negara.

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan sistem demokrasi atau lebih tepat lagi demokrasi berparlimen. Penglibatan rakyat dalam pemerintahan negara menjadi suatu kewajiban. Jadi, rakyat mempunyai hak untuk mengambil tahu tentang pentadbiran negara,. Media merupakan sumber maklumat yang utama untuk rakyat.. Jadi, kemodenan teknologi dalam konteks ini berperanan sebagai “watchdog” yang bertanggungjawab mendedahkan apa sahaja aktiviti yang boleh mengancam keamanan negara. Di Malaysia, media cetak dan media elektronik yang utama seperti suratkhabar, radio dan televisyen telah dikawal secara langsung oleh kerajaan melalui akta-akta dan perlesenan. Akan tetapi, dengan adanya teknologi moden, iaitu internet, maka telah memberi suatu medium bagi Dato’Seri Anwar Ibrahim untuk mendedahkan “Pita Lingam” ini.

Dengan adanya kemodenan teknologi pada masa kini, maka dapat meningkatkan accessibility atau pencapaian maklumat dalam kalangan rakyat. Sebenarnya, rakyat dari semua lapisan masyarakat harus mempunyai peluang yang sama untuk mengakses kepada maklumat. Namun, masih ada sekatan dalam penggunaan media di Malaysia. Misalnya, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim berkata tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap beberapa organisasi media yang menyiarkan kandungan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung klip video V. K. Lingam sebelum Kabinet membuat keputusan untuk mendedahkan laporan itu, ini kerana laporan tersebut merupakan rahsia kerajaan yang tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA). Rakyat mempunyai hak untuk mengambil tahu hal-hal pentadbiran negara. Apa salahnya jika media memberitahu kita tentangnya?

Perkhidmatan GPS dan Pengawasan Satelit


Satelit merupakan satu objek buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi di ruang angkasa lepas untuk tujuan tertentu. Bentuk setelit buatan berbeza-beza mengikut tujuan yang berlainan. Antara jenis setelit tersebut termasuklah, satelit astronomi, setelit komunikasi, satelit pantau bumi, satelit pandu arah, satelit cuaca, stesen angkasa dan satelit ketenteraan.

Berdasarkan sejarah, setelit buatan manusia yang pertama dilepaskan ke angkasa bernama Sputnik 1, dilepaskan oleh soviet union pada 4 oktober 1957. Satelit tersebut dipercayai dapat mengesan kepadatan lapisan udara yang tinggi, dan pengesanan kewujudan meteroid. Manakala setelit kedua yang bernama Spuntnik 2 telah dilepaskan pada 3 november 1957. Pada tahun 1958, Amerika syarikat telah berjaya melepaskan setelit Explorer 1 ke angkasa lepas. Seterusnya diikuti oleh pelepasan setelit oleh negara yang lain termasuk Canada (Alouette) pada tahun 1962, Italy (San Marco) pada tahun 1962, Perancis (Asterix) pada tahun 1965. Pada tahun 1996 Malaysia juga telah berjaya melepaskan setelit bernama MEASAT ke angkasa lepas. Pada mulanya kegunanan setelit tidak dianggap sebagai aset ketenteraan atau pengawasan, tetapi untuk kegunaan sains, politik dan propaganda.

Dalam perkembangan teknologi, kini satelit telah digunakan sebagai alatan pengawasan dan pegesanan terhadap sasarannya melalui sistem GPS yang digunakan oleh pihak tertentu. Perkara ini telah menyebabkan hak asasi individu terancam. Dengan penggunaan sistem GPS, kedudukan sasaran dapat dikesani di mana-mana pun dia berada. Idea bagi sistem navigasi GPS dengan menggunakan satelit bermula sebelum perang dunia kedua pada 11 May 1939. Sebenarnya inspirasi GPS adalah datang daripada pelepasan satelit (Sputnik) oleh Soviet Union pada tahun 1957. Seterusnya perkembangan dan percubaan penggunaan sistem GPS bermula dijalankan selepas pelepasan satelit GPS yang direka oleh Rockwell Collins pada tahun 1974.

Filem fiksyen sains “Enemy Of The State” yang ditayangkan pada tahun 1998 membangkitkan idea bahawa kemajuan teknologi berupaya menjejak segala tingkah laku objek dan manusia pada masa depan. 10 tahun selepas itu, dengan kemajuan teknologi satelit yang menghasilkan teknologi GPS(Global Positioning System), pengawasan dan penjejakan menjadi kenyataan.

Teknologi GPS pada permulaanya dicipta oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk kegunaan ketenteraan. Namun ketika jet Soviet telah menahan kapal terbang Korean Airlines Flight 007 dan membunuh semua penumpang kapal terbang pada tahun 1983, presiden Amerika Syarikat telah membuka perkhidmatan GPS kepada masyarakat umum. Kini, hanya Amerika Syarikat yang mempunyai sistem GPS lengkap. Negara lain seperti Rusia, Eropah, China dan India pula mempunyai teknologi GPS yang hampir lengkap.

GPS (Global Positiong System) merupakan sistem navigasi melalui 24 satelit MEO (Medium Earth Orbit atau Middle Earth Orbit) yang mengelilingi bumi. GPS dilancarkan dalam apa jua keadaan cuaca dan tempat dalam 24 jam sehari tidak berhenti dan menghantar signal informasi balik ke bumi. GPS dapat membantu mengenalpasti posisi geografi, pemetaan, kehutanan, dan eksplorasi mineral.

Kini, dengan perkembangan teknologi GPS tersebut, isu-isu telah dibangkit dan diperbincangkan. Manusia mula memperagui perkhidmatan GPS boleh disalahgunakan sebagai alat penjejakan dan pemantauan, seterusnya mencerobohi hak asasi dan kebebasan individu. Peralatan GPS penjejakan digunakan untuk mengenal pasti pergerakan sesuatu orang ataupun benda yang dipasangkan peralatan penjejakan tersebut. Bukan sahaja lokasi sasaran, kelajuan dan masa persinggahan juga dapat dijejaki dengan peralatan GPS tersebut.Peralatan GPS yang lebih canggih dapat sentiasa memantau pergerakan kenderaan, barang perniagaan serta manusia.

Teknologi GPS boleh disalahgunakan oleh pihak yang mempunyai akses serta kuasa kawalan kepada perkhidmatan ini. Filem “Enemy of The State” jelas menggambarkan penyalahgunaan kuasa GPS oleh ketua tertinggi keselamatan negara. Di Amerika Syarikat, kebebasan penggunaan alat GPS telah dinyatakan dalam Fourth Amendment, akta negara. Pengawai polis telah diberi kuasa untuk memasang alat pengesan satelit GPS pada kenderaan suspek yang disyaki terbabit dalam kes tanpa pemohonan waran. Di Moran, Utica, polis New York telah memasang alat GPS dalam kenderaan suspek yang disyaki menjual dadah. Pihak polis telah memantau alat GPS selama dua hari dan menahan suspek dan ahlinya ketika mereka membeli methamphetamine dalam jumlah yang besar. U.S. v. Moran, 349 F. Supp. 2d 425 (N.D.N.Y. Jan 05, 2005). Perkhidmatan GPS digunakan oleh pihak polis secara senang wenang telah dibuat tanpa mengambil kira hak individu dan aplikasi perkhidmatan GPS tersebut.

Dalam sektor ketenteraan pula, pihak autoriti boleh menggunakan perkhidmatan GPS satelit untuk mengintip tingkah laku negara-negara yang disyaki berbahaya atas alasan menjaga keselamatan negara. Teknologi GPS satelit telah membolehkan Amerika Syarikat memerhati serta menguasai gerak-geri negara Timur Tengah yang dianggap sebagai negara pengganas. Tidak hairanlah apabila negara maju seperti Amerika Syarikat sedang mengintip segala aktiviti negara ketiga dan seterusnya melancarkan pencerobohan dan pendominasian melalui teknologi satelit.

Kebelakangan, alat pengesan GPS dibina dalam hampir semua kenderaan baru, terkandung dalam telefon bimbit, dan digunakan dalam kebanyakan signal internet wireless dalam komputer untuk tujuan keselamatan dan perlindungan. Isu dibangkitkan terhadap pengawasan GPS sama ada ia membawa keselamatan ataupun telah mencerobohi ruang peribadi pengguna. Selain itu, teknologi GPS yang kian canggih bersama dengan penghasilan cip komputer yang kian kecia dalam saiznya, cip penjejakan seperti “Digital Angel” telah dimasukkan dalam badan pengurus korporat untuk tujuan keselamatan dalam situasi kritikal. Cip pengesan juga digunakan dalam sektor perubatan bagi memantau keadaan pesakit. Lama- kelamaan, cip penjejakan akan dimasukkan dalam badan semua manusia untuk memudahkan pemantauan. Tentera yang dihantar ke luar negara akan dipasang dengan cip pengesan bagi memudahkan operasi penyiasatan dan penyelamatan.

Selain daripada pihak autoriti, penyalahangunaan perkhidmagtan GPS juga boleh berlaku antara majikan dengan pekerja, di mana majikan memasang alat untuk mengesan dan menguasai segala tingkah laku pekerja tanpa pengetahuan pekerja. Dengan teknologi pengawasan satelit, majikan berupaya mencerobohi hak asasi pekerja dengan menyemak siapa pekerja menelefon, apa jua aktivitinya dalam tempoh pekerjaan, serta lokasinya pada bila-bila masa.

Pihak autoriti harus membuat pertimbangan wajar setakat mana pemasangan alatan pengesan GPS akan mencerobohi hak asasi individu. Tidak dapat dinafikan bahawa dunia digital kini menjadi semakin tidak waras, memandangkan semua tingkah laku manusia boleh dikesan tanpa kesedaran mereka. Penggunaan altan GPS secara berleluasa oleh golongan tertentu pasti akan mengancam morality dan hak-hak asasi individu.

Monday, August 11, 2008

FreeGate

Freegate, mungkin tidak ramai atau pun segelintir sahaja yang mengetahui mengenainya. Hanya mereka yang memahami konsep networking sahaja yang tahu apa yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Walaupun begitu, ianya tidak hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang pakar sahaja, dengan beberapa penjelasan dan beberapa langkah yang perlu diikuti, mereka kurang arif pun mampu menggunakan perisian ini.


Pada awal permulaan sejarah perisian FreeGate ini, ianya dibangunkan dari kalangan pakar pengaturcara dari China. Dimana di negara China kebanyakan website-website yang anti-kerajaan telah diharamkan sama sekali untuk dilawati oleh rakyatnya.


Dengan menggunakan Dynamic Internet Technology (DIT) penggunaan FreeGate ini telah mengcapai sasaran pengguna yang melebihi daripada 200,000 pengguna di China sahaja, jumlah ini tidak termasuk dengan pengguna daripada negara lain sebagai contoh Iran. Dimana negara ini juga diharamkan website-website yang menentang kerajaan.


Tujuan utama perisian ini dibangunkan adalah kerana, penduduk China tidak dibenarkan membaca akhbar-akhbar yang melawan kerajaan seperti Secret China Daily, Epoch Time Daily dan Ming Hui Daily News, ini adalah kerana pihak kerajaan di China tidak mahu rakyatnya diracuni dengan idealogi-idealogi yang akan menentang propaganda kerajaan terbabit.


Penggunaan perisian ini adalah mudah sekali, dengan berkonsepkan cara menyelinap masuk ke rangkai network menerusi penukaran proxy server dan alamat internet ianya sudah mampu untuk melepasi segala firewall yang menghalangnya.


Perisian ini adalah percuma dan mudah untuk diperolehi dengan hanya memuat turunya daripada URL (http://127.0.0.1:8580/loc/download_en.php).


Mungkin jika hendak diterangkan bagaimana FreeGate berfungsi, ianya akan menjadi lebih teknikal dan sukar untuk difahami, namun untuk memudahkan penggunaan Perisian FreeGate ini ianya telah disetkan secara automatik. Pengguna hanya perlu mengaktifkannya dan meyelaraskan proxy secara manual kepada (HTTP Proxy: 127.0.0.1 dan Port: 8580).


Langkah 1: setkan browser options.


Langkah 2: klik butang network dan klik butang setting.


Langkah 3: Pilih Manual Proxy Configuration dan masukkan HTTP Proxy: 127.0.0.1 dan Port: 8580, akhir sekali klik butang OK.


Langkah 4: Aktifkan FreeGate.


Langkah 5: Antara Muka Perisian FreeGate dipaparkan.


Langkah 6: minimize antara muka FreeGate Ke task bar windows.


Jika dikaji, perisian ini merupakan salah satu alternative yang membantu pengguna memperolehi maklumat-maklumat yang boleh dianggap penting. Contoh yang paling sesuai diguna pakai adalah seperti sistem rangkaian yang digunakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Walaupun USM adalah sebuah Universiti yang berlandaskan penyelidikan dan kajian, akan tetapi akses dalam memperolehi maklumat secara on-line didalam kampus telah dibataskan dengan mengharamkan beberapa website-website tertentu dan ada kalanya ianya menjadi sukar kepada pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat luar daripada kampus USM.


Jika dipersoalkan, jawapan yang mungkin anda terima adalah, protokal ini dibuat untuk memberi kesenangan dan kelancaran kepada sistem Wi-Fi didalam USM untuk beroperasi dengan pantas. Sedangkan ianya masih lagi lembab dan tidak beroperasi secara maksimum dan meyeluruh. Ini sememangnya telah terbukti dimana sistem Wi-Fi USM kerap kali lumpuh walaupun telah diharamkan website-website yang menggunakan laluan jalur lebar yang tinggi.


Persoalan yang cuba ditimbulkan disini sekarang:


1. Mengapa perlu disekat kebebasan untuk mendapatkan infomasi sedangkan ianya satu keperluan?

2. Adakah di USM Teknologi Penukaran Proxy ini digunakan oleh pelajar dalam memperolehi maklumat dan infomasi yang disekat oleh pihak Universiti?

Friday, August 8, 2008

SpectorSoft’s

Pencapaian demi pencapaian yang diperolehi dalam sistem teknologi komunikasi yang kita nikmati pada masa ni. Teknologi komunikasi yang pada satu ketika dulu digelar kuno, kini telah sama sekali berubah apabila ianya dilanda oleh badai pemodenan dimana tercetusnya konsep dan idea-idea baru yang menampilkan pelbagai-bagai rupa dan kepelbagaian penggunaannya.


Mungkin daripada sudut pandangan yang positif, kita mungkin akan akur dengan perkembangan teknologi komunikasi yang kita nikmati sekarang adalah sempurna dan semuanya banyak mendatangkan faedah dalam kehidupan seharian. Dengan capaian maklumat yang pantas melalui jalur lebar dan aplikasi komunikasi yang lain, membuatkan kita bebas dalam mencari maklumat dalam apa sahaja yang kita inginkan tanpa mengambil kira dari pelusuk dunia mana kita datang.


Dalam blog essentials17 kali ini mungkin kami mampu mengubah tanggapan anda pembaca yang selama ini yang begitu mengagung-agungkan teknologi komunikasi tanpa sempadan ini kepada sesuatu yang anda tidak mungkin sedar dan pernah terfikir yang kita sebenarnya masih lagi tidak bebas dan dibawah kawalan dan pemantauan oleh pihak-pihak tertentu. Bersedia untuk menghadapi mimpi ngeri dalam teknologi komunikasi.


Pada tahun 1984 lagi isu ini sudah mula dibincangkan dan dibukukan oleh George Orwell's dalam bukunya View of The Future. Untuk lebih tepat lagi konsep ini digelar Big Brother, dimana pemantauan yang dibuat melibatkan pengcabulan dan melanggar hak-hak privacy yang ada.


Pemantauan berkonsepkan Big Brother ini mungkin datang daripada majikan, rakan, stor internet on-line dan berkemugkinan juga daripada individu yang anda percayai seperti ibu bapa, suami, isteri dan saudara mara.


Salah satu perisian pemantauan yang telah komersilkan dan boleh didapati di pasaran adalah SpectorSoft's. Merupakan perisian yang mampu mengintip dan merakam Emails, Chats, IMs, WebSites, Web Searches, Programs Run, Keystrokes Typed, Files Transferred dan Screen Snapshots.


Daripada artikal yang dipetik dari majalah Int r@ctive Week (USA) :
(One part of this "spy" software is designed to "secretly record everything your spouse, children and employees do online" on a particular computer. The other part, called eBlasrer, lets the user "find out everything your spouse, children and employees do online via e-mail.").


Daripada apa yang dapat dirumuskan daripada artikal yang dipetik, ini menunjukkan betapa menakutkan program SpectorSoft's berkebolehan dalam melaksanakan tugasannya. Secara tidak sedar juga, program ini telah diguna pakai oleh semua lawan web yang berkonsepkan On-line Shopping. Salah satu laman web popular yang didapati menggunakan program ini ialah Amazon.com dimana ianya didapati menggumpulkan lebih banyak infomasi personal pelanggan. Tetapi jika difikirkan kembali, mengapa data personal ini dikumpul? Apakah objektifnya?


Dengan kekerapan shopping dan browsing secara on-line, data yang dikumpulan dijadikan pautan kepada identiti sebenar dan himpunan stok kepada kempen pemasaran terus. Dimana pelanggan akan disajikan dengan iklan-iklan yang hanya mengfokuskan kepada apa yang pelanggan minat, ini secara tidak langgsung telah menyempitkan ruang kebebasan untuk pelanggan membuat pemilihan.


Yang menjadi lebih masalah lagi apabila, sekiranya anda seorang yang mempunyai masalah dengan sistem perundangan, segala butiran dimana anda sering layari menerusi internet akan menjadi public dimana semua orang akan tahu apa yang anda lakukan menerusi on-line.


Boleh dikatakan semua laman yang berkonsepkan dot.com mempunyai polisi privacy. Dalam jangka masa panjang mungkin polisi ini mampu melindungi data peribadi anda daripada diketahui pihak lain. Akan tetapi polisi ini boleh berubah sekiranya syarikat dot.com yang asal telah berpindah milik kepada syarikat yang baru.


Hmmm, nampaknya daripada awal permulaan lagi proses ini kelihatan berkonsepkan Big Brother….


Selain daripada sektor perniagaan on-line, program SpectorSoft' ini juga telah digunakan disyarikat-syarikat besar dan sedang membangun. Pemantauan dan penggintipan sering dilakukan terhadap perkerja-perkerja mereka yang dikatakan telah menyalahgunakan kemudahan internet dipejabat. Tetapi permasalahan yang timbul sekarang syarikat-syarikat ini tidak menyatakan kepada perkerja-perkerjanya yang mereka memantau kegunaan internet dipejabat mereka. Adakah situasi ini dilihat seimbang? Adakah dengan melakukan penggintipan ini ianya satu langkah yang betul atau salah? Dimana letaknya hak-hak perkerja ini?


Daripada sudut pandangan hak asasi manusia, hak-hak ini telah diketepikan dalam mencapai matlamat untuk membolehkan teknologi berkembang. Persoalan yang cuba ditimbulkan disini sekarang adalah:


1. Adakah kita sedar yang kita sedang dipantau dan di intip?

2. Dari mana pengawalan dan pemantauan ini datang dan siapakah dalangnya?

3. Adakah istilah hak privacy masih boleh diguna pakai?

Wednesday, August 6, 2008

Teknologi Dan Pemodenan

Teknologi

Merujuk kepada ensiklopedia percuma wikipedia, teknologi melibatkan penggunaan spesis(manusia) dan pengetahuan tentang cara penggunaan sesuatu alat dan bagaimana dengan penggunaan alat tersebut dapat diadaptasikan denga
n persekitaran. Terma yang berasal dari perkataan greek ”technologia”, -”techne” (craft) and logia (saying) teknologi merujuk kepada alat penggunaan manusia seperti mesin, ”hardware” atau alat. Walau bagaimanapun ia juga boleh membawa maksud yang lebih luas seperti sistem, penggunaan organisasi dan teknik, yang memerlukan penggunaan spesis(manusia) untuk menggerakkannya. Sejarah penggunaan teknologi bermula pada zaman pra-sejarah dimana manusia menjumpai atau mendapat tahu cara menghidupkan api untuk memasak makanan mereka serta kewujudan roda bagi tujuan untuk memudahkan perjalanan mereka.

Kini, perkembangan teknologi telah mewujudkan penggunaan alat bahan cetak, telefon and internet, dan ia telah megurangkan jurang komunikasi dan
membolehkan manusia berinteraksi secara global. Walaubagaimanapun, penggunaan teknologi hari ini telah disalahgunakan. Penggunaan alat senjata telah berleluasa dan mengakibatkan kekecohan.Teknologi memberi kesan yang banyak kepada masyarakat dan persekitarannya. Walaupun teknologi pada mulanya membawa kebaikan terutamanya dari sudut ekonomi, tetapi ia juga menghasilkan kesan negatif, iaitu pencemaran, yang mendatangkan kesan kepada alam semula jadi.

Pemodenan

Pemodenan bererti perubahan yang berlaku dari suatu masa kepada suatu masa yang lain untuk tujuan penambahbaikkan. Ia berupaya untuk melepaskan
ataupun menundukkan kuasa yang datang dari masa lampau. Perubahan yang berlaku (pemodenan) telah melahirkan kerajaan yang mengamalkan sistem kapitalisma.

PEMODENAN= KAPITALISMA!! Secara ringkasnya, selepas revolusi Perancis, teknologi dilihat sebagai satu ciri teras budaya kemodenan. Di samping itu, budaya modenis dianggap sebagai intipati kemajuan. MODEN=MAJU!!!Dari sudut pandangan optimistik, ahli sarjana Connolly memberi definisi tentang zaman awal yang mana manusia hidup dalam zaman kegelapan, percaya kepada tahyul, kurang bebas, kurang rasional, kurang produktif, kurang bertamadun, kurang selesa, kurang demokratik'(connolly,1988:1)




Bapa Pemodenan Malaysia Dato’Seri Tun Dr Mahathir Mohamed


Tun Dr. Mahathir digelar "Bapa Pemodenan Malaysia" dan merupakan pemimpin yang paling lama memegang jawatan sebagai Perdana Menteri, iaitu dari 16 Julai 1981 hingga 31 Oktober 2003.Sepanjang 22 tahun beliau memegang jawatan pentadbiran tertinggi negara, banyak kemajuan dan pembangunan yang telah beliau rancang dan laksanakan. Dr. Mahathir telah mengubah sektor ekonomi asas negara daripada sebuah negara yang berasaskan pertanian kepada sebuah negara berasaskan perindustrian pada awal 80-an dan seterusnya berkembang menjadi sebuah negara K-Ekonomi. Projek MSC, bandar pintar dan kerajaan elektronik telah membuka ruang kepada era kehidupan yang berteraskan kepada penyebarluasan ilmu atau k-era. Walaupun masih baru, era ini menjanjikan perubahan mutlak kerana ia akan memberikan definasi baru tanggapan manusia terhadap dunia. Pada zaman ini, ilmu pengetahuan dapat menghasilkan tingkatan yang menjangkaui aset fizikal dan komoditi dari segi nilai, kepentingan dan kaitannya dengan kemajuan. Jelaslah penggunaan ICT di Malaysia telah memudahkan kewujudan dan perkongsian ilmu yang telah melenyapkan sempadan dan membuka ruang tanpa batasan.

Pelbagai projek gergasi telah diilhamkan oleh Dr. Mahathir antara yang terawal adalah seperti projek pengeluaran kereta proton melalui HICOM (Heavy Industries Corporation of Malaysia. Selain projek kereta nasional, satu lagi projek besar (mega project) yang beliau cetus ialah Koridor Raya Multimedia atau Multimedia Super Corridor (MSC). Projek ini ilhamkan dan direalisasikan memandangkan Dr. Mahathir telah sedar akan peri pentingnya teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam dunia perdagangan masa kini dan masa depan. Ekonomi berasaskan pengetahuan yang dirangsangkan oleh pembinaan MSC adalah peringkat ketiga peralihan ekonomi Malaysia – yang akan membawa negara ke taraf negara maju menjelang 2020. Antara lainnya, projek MSC merangkumi aplikasi-aplikasi seperti kerajaan elektronik, tele-perubatan, dan kad pintar serbaguna.

Pada 1990 Dr Mahathir melancarkan Wawasan 2020 – pelan sembilan cabaran yang menggariskan hasrat dan halatuju kerajaan dan rakyat Malaysia iaitu untuk mencapai taraf negara maju menjelang 2020. Taraf negara maju yang dibayangkan Dr Mahathir bukanlah yang meniru cara hidup di negara-negara maju yang ada ketika ini, tetapi yang berlandaskan moral dan nilai-nilai murni mengikut acuan Malaysia sendiri.


Projek-projek besar yang dibangunkan dan direalisasikan semasa beliau menjadi 'CEO' Malaysia antaranya ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Stadium Nasional Jalil, Litar Antarabangsa Sepang, tempat perlumbaan sukan permotoran berprestij, Formula One dan Menara Berkembar Petronas.Projek-projek ini secara tidak langsung berjaya meletakkan Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun yang dikenali dunia. Malah corak pentadbiran dan ketegasan yang ditunjukkan oleh Dr. Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri menyebabkan negara ini disegani dunia.

Sepanjang tempoh 22 tahun sebagai Perdana Menteri, Dr. Mahathir telah membawa Malaysia ke persada kecemerlangan. Malaysia telah melalui pelbagai pembaharuan fizikal, mental dan sosial. Malaysia telah menjadi negara yang disegani dan dihormati di pentas dunia. Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dikalangan negara-negara maju dunia. Kejayaan Malaysia sebagai negara membangun dan sebuah negara Islam yang unggul di rantau ini telah diiktiraf dunia.

Perkembangan Teknologi Komunikasi

Pelbagai media telah digunakan untuk proses komunikasi. Selaras dengan perkembangan teknologi, media telah kian berkembang. Jadi, kita akan membincang tentang bagaimana Revolusi Perindustrian mempengaruhi media-media tersebut.

Pada abad yang terawal, manusia menggunakan cara surat menyurat untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Ia merupakan satu-satunya cara untuk berkomunikasi walaupun mengambil masa yang agak lama.

Telegraph Register Patent Model, 1 May 1849, patent number 6,420, by Samuel F. B.Morse (1791-1872) Cara komunikasi menjadi lebih mudah apabila kemunculan telegraf pada tahun 1847. Telegraf membantu manusia menghantar dan menerima pesanan dari jarak jauh, dan tidak memerlukan masa yang panjang. Hal ini mewujudkan komunikasi yang berkesan.


Seterusnya diikuti dengan telefon di mana telah ianya telah dicipta pada tahun 1876. Kemunculan telefon ini telah mendatangkan banyak kebaikan kepada masyarakat kerana ia dapat berkomunikasi dengan seseorang secara terus dan menerima maklum balas yang cepat, tanpa perlu bersemuka.

Radio wujud diikuti dengan telefon. Radio berperanan sebagai satu media yang menyalurkan mesej kepada masyarakat. Setiap masyarakat boleh mengetahui segala hal yang berlaku dalam dunia ini melalui saluran radio.

Dengan kewujudan televisyen pada berikutnya, televisyen merupakan alat komunikasi yang lebih bercanggih berbanding dengan radio. Masyarakat bukan sahaja boleh mengetahui berita-berita melalui pendengaran tetapi boleh menyaksikan melalui kaca televisyen apa sebenarnya yang berlaku.

Komputer juga telah dicipta selepas itu. Komputer memainkan peranan yang penting dalam kerjaya dan cara hidup seseorang. Organisasi, tak kira besar atau kecil, menggunakan komputer untuk menolong mereka beroperasi dengan lebih berkesan. Ramai individu mengguna komputer di rumah untuk tujuan pendidikan, hiburan dan perniagaan. Kebolehan mengguna komputer untuk berkomunikasi dengan komputer lain mengubah cara seseorang bekerja dan hidup.

Satelit turut wujud seterusnya. Satelit komunikasi adalah sebuah setelit buatan yang ditempatkan di angkasa dengan tujuan telekomunikasi. Satelit komunikasi modern menggunakan orbit geosynchronous, orbit Molniya atau Orbit Bumi Rendah.Untuk pelayanan tetap, satelit komunikasi menyediakan sebuah teknologi tambahan bagi kebel komunikasi kapal selam potik fiber. Untuk aplikasi bergerak, seperti komunikasi ke kapal laut dan pesawat terbang, di mana aplikasi teknologi lain, seperti kabel, tidak praktis atau tidak mungkin.

Kini, wujudnya Internet. Rangkaian pusat yang membentukInternet diawali pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangun oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, dari NCP ke TCP/IP. Ini merupakan awal dari Internet yang kita kenal hari ini.Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan menyambungkan kebanyakan pengguna jaringan-jaringan komputer yang ada.




Monday, August 4, 2008

Pandangan Herbert Schiller


Profesor Herbert Schiller telah mengeluarkan jangkaan pandangannya yang bercondong pasif terhadap media pada tahun 1980-an. Beliau melihat kuasa di belakang media misalnya kerajaan dan syarikat konglomerat yang bakal mendominasikan golongan pengguna dan menjauhkan lagi jurang antara mereka yang berkuasa dan yang ditindas.

Media kelihatan tidak begitu demokrasi dan hanya dihasilkan berdasarkan kepentingan dan keperluan pihak berkuasa sahaja. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mempunyai akses dan kuasa terhadap media cetak dengan sekatan Akta Mesin Cetak dan pemohonan lesen. Akibat daripada itu media hanya melaporkan berita yang positif-kerajaan. Hal ini nyata dilihat semasa musim pilihanraya di mana surat khabar mainstream hanya memaparkan berita berkenaan dengan kempen Barisan Nasional dan hanya sedikit berita sahaja mengenai parti pembangkang.

Selain itu, dengan kemajuan teknologi media, keperibadian (privacy) individu kian disekat. Kerajaan dan syarikat swasta boleh memperolehi maklumat-maklumat individu tanpa kesedaran individu tersebut. Penggunaan Mycard di Malaysia yang kelihatan canggih lagi mudah boleh disalahgunakan. Begitu juga dengan maklumat peribadi yang sering diperolehi oleh syarikat insurans atau kolej swasta secara haram.

Beliau juga berpendapat bahawa perkembangan teknologi media mengfaedahkan syarikat konglomerat menguasai pasaran dunia dan pengagihan informasi yang menentukan paten pengguna. Namun keadaan konglomerat tidak semestinya berlaku secara keseluruhan dalam media cetak dan elektronik. Hal ini disebabkan masih mempunyai majalah dan suratkhabar bukan mainstream yang tidak dikuasai oleh kerajaan dan dimiliki syarikat konglomerat.

Dengan perkembangan teknologi dan kelahiran masyarakat yang berinformasi, kesedaran tentang konglomerasi syarikat-syarikat antarabangsa dan keadaan penyekatan maklumat telah muncul.

Selain itu, dunia internet yang kian meluas tidak dapat dikawal secara keseluruhan oleh syarikat konglomerat tersebut. Masih ada majalah dan buku yang disediakan khas untuk menyedari masyarakat akan keadaan konglomerat dan sekatan informasi semasa. Misalnya majalah yang pro-pengguna dan kritikal. Selain itu, dengan kemajuan teknologi media, keperluan dan minat pengguna telah bertambah banyak. Keadaan ini akan mengalakkan keluaran informasi yang beraneka bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.