Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Thursday, August 28, 2008

Perkhidmatan GPS dan Pengawasan Satelit


Satelit merupakan satu objek buatan manusia yang beredar mengelilingi bumi di ruang angkasa lepas untuk tujuan tertentu. Bentuk setelit buatan berbeza-beza mengikut tujuan yang berlainan. Antara jenis setelit tersebut termasuklah, satelit astronomi, setelit komunikasi, satelit pantau bumi, satelit pandu arah, satelit cuaca, stesen angkasa dan satelit ketenteraan.

Berdasarkan sejarah, setelit buatan manusia yang pertama dilepaskan ke angkasa bernama Sputnik 1, dilepaskan oleh soviet union pada 4 oktober 1957. Satelit tersebut dipercayai dapat mengesan kepadatan lapisan udara yang tinggi, dan pengesanan kewujudan meteroid. Manakala setelit kedua yang bernama Spuntnik 2 telah dilepaskan pada 3 november 1957. Pada tahun 1958, Amerika syarikat telah berjaya melepaskan setelit Explorer 1 ke angkasa lepas. Seterusnya diikuti oleh pelepasan setelit oleh negara yang lain termasuk Canada (Alouette) pada tahun 1962, Italy (San Marco) pada tahun 1962, Perancis (Asterix) pada tahun 1965. Pada tahun 1996 Malaysia juga telah berjaya melepaskan setelit bernama MEASAT ke angkasa lepas. Pada mulanya kegunanan setelit tidak dianggap sebagai aset ketenteraan atau pengawasan, tetapi untuk kegunaan sains, politik dan propaganda.

Dalam perkembangan teknologi, kini satelit telah digunakan sebagai alatan pengawasan dan pegesanan terhadap sasarannya melalui sistem GPS yang digunakan oleh pihak tertentu. Perkara ini telah menyebabkan hak asasi individu terancam. Dengan penggunaan sistem GPS, kedudukan sasaran dapat dikesani di mana-mana pun dia berada. Idea bagi sistem navigasi GPS dengan menggunakan satelit bermula sebelum perang dunia kedua pada 11 May 1939. Sebenarnya inspirasi GPS adalah datang daripada pelepasan satelit (Sputnik) oleh Soviet Union pada tahun 1957. Seterusnya perkembangan dan percubaan penggunaan sistem GPS bermula dijalankan selepas pelepasan satelit GPS yang direka oleh Rockwell Collins pada tahun 1974.

Filem fiksyen sains “Enemy Of The State” yang ditayangkan pada tahun 1998 membangkitkan idea bahawa kemajuan teknologi berupaya menjejak segala tingkah laku objek dan manusia pada masa depan. 10 tahun selepas itu, dengan kemajuan teknologi satelit yang menghasilkan teknologi GPS(Global Positioning System), pengawasan dan penjejakan menjadi kenyataan.

Teknologi GPS pada permulaanya dicipta oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk kegunaan ketenteraan. Namun ketika jet Soviet telah menahan kapal terbang Korean Airlines Flight 007 dan membunuh semua penumpang kapal terbang pada tahun 1983, presiden Amerika Syarikat telah membuka perkhidmatan GPS kepada masyarakat umum. Kini, hanya Amerika Syarikat yang mempunyai sistem GPS lengkap. Negara lain seperti Rusia, Eropah, China dan India pula mempunyai teknologi GPS yang hampir lengkap.

GPS (Global Positiong System) merupakan sistem navigasi melalui 24 satelit MEO (Medium Earth Orbit atau Middle Earth Orbit) yang mengelilingi bumi. GPS dilancarkan dalam apa jua keadaan cuaca dan tempat dalam 24 jam sehari tidak berhenti dan menghantar signal informasi balik ke bumi. GPS dapat membantu mengenalpasti posisi geografi, pemetaan, kehutanan, dan eksplorasi mineral.

Kini, dengan perkembangan teknologi GPS tersebut, isu-isu telah dibangkit dan diperbincangkan. Manusia mula memperagui perkhidmatan GPS boleh disalahgunakan sebagai alat penjejakan dan pemantauan, seterusnya mencerobohi hak asasi dan kebebasan individu. Peralatan GPS penjejakan digunakan untuk mengenal pasti pergerakan sesuatu orang ataupun benda yang dipasangkan peralatan penjejakan tersebut. Bukan sahaja lokasi sasaran, kelajuan dan masa persinggahan juga dapat dijejaki dengan peralatan GPS tersebut.Peralatan GPS yang lebih canggih dapat sentiasa memantau pergerakan kenderaan, barang perniagaan serta manusia.

Teknologi GPS boleh disalahgunakan oleh pihak yang mempunyai akses serta kuasa kawalan kepada perkhidmatan ini. Filem “Enemy of The State” jelas menggambarkan penyalahgunaan kuasa GPS oleh ketua tertinggi keselamatan negara. Di Amerika Syarikat, kebebasan penggunaan alat GPS telah dinyatakan dalam Fourth Amendment, akta negara. Pengawai polis telah diberi kuasa untuk memasang alat pengesan satelit GPS pada kenderaan suspek yang disyaki terbabit dalam kes tanpa pemohonan waran. Di Moran, Utica, polis New York telah memasang alat GPS dalam kenderaan suspek yang disyaki menjual dadah. Pihak polis telah memantau alat GPS selama dua hari dan menahan suspek dan ahlinya ketika mereka membeli methamphetamine dalam jumlah yang besar. U.S. v. Moran, 349 F. Supp. 2d 425 (N.D.N.Y. Jan 05, 2005). Perkhidmatan GPS digunakan oleh pihak polis secara senang wenang telah dibuat tanpa mengambil kira hak individu dan aplikasi perkhidmatan GPS tersebut.

Dalam sektor ketenteraan pula, pihak autoriti boleh menggunakan perkhidmatan GPS satelit untuk mengintip tingkah laku negara-negara yang disyaki berbahaya atas alasan menjaga keselamatan negara. Teknologi GPS satelit telah membolehkan Amerika Syarikat memerhati serta menguasai gerak-geri negara Timur Tengah yang dianggap sebagai negara pengganas. Tidak hairanlah apabila negara maju seperti Amerika Syarikat sedang mengintip segala aktiviti negara ketiga dan seterusnya melancarkan pencerobohan dan pendominasian melalui teknologi satelit.

Kebelakangan, alat pengesan GPS dibina dalam hampir semua kenderaan baru, terkandung dalam telefon bimbit, dan digunakan dalam kebanyakan signal internet wireless dalam komputer untuk tujuan keselamatan dan perlindungan. Isu dibangkitkan terhadap pengawasan GPS sama ada ia membawa keselamatan ataupun telah mencerobohi ruang peribadi pengguna. Selain itu, teknologi GPS yang kian canggih bersama dengan penghasilan cip komputer yang kian kecia dalam saiznya, cip penjejakan seperti “Digital Angel” telah dimasukkan dalam badan pengurus korporat untuk tujuan keselamatan dalam situasi kritikal. Cip pengesan juga digunakan dalam sektor perubatan bagi memantau keadaan pesakit. Lama- kelamaan, cip penjejakan akan dimasukkan dalam badan semua manusia untuk memudahkan pemantauan. Tentera yang dihantar ke luar negara akan dipasang dengan cip pengesan bagi memudahkan operasi penyiasatan dan penyelamatan.

Selain daripada pihak autoriti, penyalahangunaan perkhidmagtan GPS juga boleh berlaku antara majikan dengan pekerja, di mana majikan memasang alat untuk mengesan dan menguasai segala tingkah laku pekerja tanpa pengetahuan pekerja. Dengan teknologi pengawasan satelit, majikan berupaya mencerobohi hak asasi pekerja dengan menyemak siapa pekerja menelefon, apa jua aktivitinya dalam tempoh pekerjaan, serta lokasinya pada bila-bila masa.

Pihak autoriti harus membuat pertimbangan wajar setakat mana pemasangan alatan pengesan GPS akan mencerobohi hak asasi individu. Tidak dapat dinafikan bahawa dunia digital kini menjadi semakin tidak waras, memandangkan semua tingkah laku manusia boleh dikesan tanpa kesedaran mereka. Penggunaan altan GPS secara berleluasa oleh golongan tertentu pasti akan mengancam morality dan hak-hak asasi individu.

No comments: