Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Monday, August 11, 2008

FreeGate

Freegate, mungkin tidak ramai atau pun segelintir sahaja yang mengetahui mengenainya. Hanya mereka yang memahami konsep networking sahaja yang tahu apa yang mampu dilakukan oleh perisian ini. Walaupun begitu, ianya tidak hanya boleh diguna pakai oleh mereka yang pakar sahaja, dengan beberapa penjelasan dan beberapa langkah yang perlu diikuti, mereka kurang arif pun mampu menggunakan perisian ini.


Pada awal permulaan sejarah perisian FreeGate ini, ianya dibangunkan dari kalangan pakar pengaturcara dari China. Dimana di negara China kebanyakan website-website yang anti-kerajaan telah diharamkan sama sekali untuk dilawati oleh rakyatnya.


Dengan menggunakan Dynamic Internet Technology (DIT) penggunaan FreeGate ini telah mengcapai sasaran pengguna yang melebihi daripada 200,000 pengguna di China sahaja, jumlah ini tidak termasuk dengan pengguna daripada negara lain sebagai contoh Iran. Dimana negara ini juga diharamkan website-website yang menentang kerajaan.


Tujuan utama perisian ini dibangunkan adalah kerana, penduduk China tidak dibenarkan membaca akhbar-akhbar yang melawan kerajaan seperti Secret China Daily, Epoch Time Daily dan Ming Hui Daily News, ini adalah kerana pihak kerajaan di China tidak mahu rakyatnya diracuni dengan idealogi-idealogi yang akan menentang propaganda kerajaan terbabit.


Penggunaan perisian ini adalah mudah sekali, dengan berkonsepkan cara menyelinap masuk ke rangkai network menerusi penukaran proxy server dan alamat internet ianya sudah mampu untuk melepasi segala firewall yang menghalangnya.


Perisian ini adalah percuma dan mudah untuk diperolehi dengan hanya memuat turunya daripada URL (http://127.0.0.1:8580/loc/download_en.php).


Mungkin jika hendak diterangkan bagaimana FreeGate berfungsi, ianya akan menjadi lebih teknikal dan sukar untuk difahami, namun untuk memudahkan penggunaan Perisian FreeGate ini ianya telah disetkan secara automatik. Pengguna hanya perlu mengaktifkannya dan meyelaraskan proxy secara manual kepada (HTTP Proxy: 127.0.0.1 dan Port: 8580).


Langkah 1: setkan browser options.


Langkah 2: klik butang network dan klik butang setting.


Langkah 3: Pilih Manual Proxy Configuration dan masukkan HTTP Proxy: 127.0.0.1 dan Port: 8580, akhir sekali klik butang OK.


Langkah 4: Aktifkan FreeGate.


Langkah 5: Antara Muka Perisian FreeGate dipaparkan.


Langkah 6: minimize antara muka FreeGate Ke task bar windows.


Jika dikaji, perisian ini merupakan salah satu alternative yang membantu pengguna memperolehi maklumat-maklumat yang boleh dianggap penting. Contoh yang paling sesuai diguna pakai adalah seperti sistem rangkaian yang digunakan oleh Universiti Sains Malaysia (USM). Walaupun USM adalah sebuah Universiti yang berlandaskan penyelidikan dan kajian, akan tetapi akses dalam memperolehi maklumat secara on-line didalam kampus telah dibataskan dengan mengharamkan beberapa website-website tertentu dan ada kalanya ianya menjadi sukar kepada pelajar-pelajar yang memerlukan maklumat luar daripada kampus USM.


Jika dipersoalkan, jawapan yang mungkin anda terima adalah, protokal ini dibuat untuk memberi kesenangan dan kelancaran kepada sistem Wi-Fi didalam USM untuk beroperasi dengan pantas. Sedangkan ianya masih lagi lembab dan tidak beroperasi secara maksimum dan meyeluruh. Ini sememangnya telah terbukti dimana sistem Wi-Fi USM kerap kali lumpuh walaupun telah diharamkan website-website yang menggunakan laluan jalur lebar yang tinggi.


Persoalan yang cuba ditimbulkan disini sekarang:


1. Mengapa perlu disekat kebebasan untuk mendapatkan infomasi sedangkan ianya satu keperluan?

2. Adakah di USM Teknologi Penukaran Proxy ini digunakan oleh pelajar dalam memperolehi maklumat dan infomasi yang disekat oleh pihak Universiti?

No comments: