Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Monday, August 4, 2008

Pandangan Herbert Schiller


Profesor Herbert Schiller telah mengeluarkan jangkaan pandangannya yang bercondong pasif terhadap media pada tahun 1980-an. Beliau melihat kuasa di belakang media misalnya kerajaan dan syarikat konglomerat yang bakal mendominasikan golongan pengguna dan menjauhkan lagi jurang antara mereka yang berkuasa dan yang ditindas.

Media kelihatan tidak begitu demokrasi dan hanya dihasilkan berdasarkan kepentingan dan keperluan pihak berkuasa sahaja. Sebagai contoh, kerajaan Malaysia mempunyai akses dan kuasa terhadap media cetak dengan sekatan Akta Mesin Cetak dan pemohonan lesen. Akibat daripada itu media hanya melaporkan berita yang positif-kerajaan. Hal ini nyata dilihat semasa musim pilihanraya di mana surat khabar mainstream hanya memaparkan berita berkenaan dengan kempen Barisan Nasional dan hanya sedikit berita sahaja mengenai parti pembangkang.

Selain itu, dengan kemajuan teknologi media, keperibadian (privacy) individu kian disekat. Kerajaan dan syarikat swasta boleh memperolehi maklumat-maklumat individu tanpa kesedaran individu tersebut. Penggunaan Mycard di Malaysia yang kelihatan canggih lagi mudah boleh disalahgunakan. Begitu juga dengan maklumat peribadi yang sering diperolehi oleh syarikat insurans atau kolej swasta secara haram.

Beliau juga berpendapat bahawa perkembangan teknologi media mengfaedahkan syarikat konglomerat menguasai pasaran dunia dan pengagihan informasi yang menentukan paten pengguna. Namun keadaan konglomerat tidak semestinya berlaku secara keseluruhan dalam media cetak dan elektronik. Hal ini disebabkan masih mempunyai majalah dan suratkhabar bukan mainstream yang tidak dikuasai oleh kerajaan dan dimiliki syarikat konglomerat.

Dengan perkembangan teknologi dan kelahiran masyarakat yang berinformasi, kesedaran tentang konglomerasi syarikat-syarikat antarabangsa dan keadaan penyekatan maklumat telah muncul.

Selain itu, dunia internet yang kian meluas tidak dapat dikawal secara keseluruhan oleh syarikat konglomerat tersebut. Masih ada majalah dan buku yang disediakan khas untuk menyedari masyarakat akan keadaan konglomerat dan sekatan informasi semasa. Misalnya majalah yang pro-pengguna dan kritikal. Selain itu, dengan kemajuan teknologi media, keperluan dan minat pengguna telah bertambah banyak. Keadaan ini akan mengalakkan keluaran informasi yang beraneka bagi memenuhi keperluan pengguna yang berbeza.

No comments: