Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Tuesday, September 23, 2008

CCTV dalam mencegah kes jenayah : Adakah benar-benar berkesan?

Rentetan dua kes culik kanak-kanak termasuk melibatkan Sharlinie di Taman Medan, Petaling Jaya dan satu kes tembak menyebabkan kematian seorang wakil rakyat yang menggemparkan negara telah menjadi pembuka tirai episode jenayah tahun 2008. Malah, masyarakat serta ibu bapa telah membuat andaian bahawa keselamatan kanak-kanak Malaysia tidak terjamin. Dalam situasi begini, sudah tentu tumpuan umum kini ialah kepada pihak polis.

Hari ini sekali lagi Negara kita gempar dengan kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar. Suatu tragedi yang meletakkan rakyat kembali resah dengan tahap keselamatan mereka dewasa kini . Persoalan telah diwujudkan iaitu walaupun terdapat pemasangan CCTV iaitu video intipan yang telah merekod proses suspek meletakkan bagasi mayat Sharlini di luar kedai, akan tetapi suspek tetap tidak dapat ditangkap.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, beliau mempercayai bahawa arahan pemasangan CCTV mampu mengawal masalah jenayah yang pemasangannya di merata-rata tempat membolehkan gerak-geri penjenayah dipantau pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kita juga perlu memastikan CCTV yang dipasang adalah berkualiti supaya maklumat atau mutu gambar CCTV dapat dimanfaatkan hingga tertangkapnya penjenayah.

Di Malaysia, penggunaan CCTV masih belum lagi meluas penggunaannya tetapi kesedaran tentang keselamatan dari hari ke sehari kian bertambah. CCTV banyak digunakan di premis-premis seperti bank, bangunan/pejabat penting kerajaan, gudang-gudang, pasar raya besar, bahkan telah mula menular ke premis kecil seperti kedai runcit dan rumah-rumah persendirian.

Persoalan di sini, sama ada kita akan mempertingkatkan penggunaan CCTV di negara ini pada masa depan. Bagi pihak kerajaan, ia perlu mengambil tindakan proaktif yang dikaitkan dengan keselamatan dan bagi mengelak kerugian berjuta ringgit. Akta serta perundangan perlu ada dan dilaksanakan bagi mendefinisikan penggunaan CCTV secara berkesan.

Pihak kerajaan perlu mengimbangi kepentingan privacy individu dengan penguatkuasaan hak undang-undang dan kepentingan negara. Contohnya, di Perancis, intipan talian telefon dan intipan video elektronik adalah dilarang sekiranya digunakan bagi mencungkil maklumat mengenai kehidupan seks seseorang individu atau kewangan peribadi tetapi dibenarkan untuk intipan ke atas bisnes atau aktiviti politik.

Pada dasarnya, penggunaan CCTV boleh diterima pakai sebagai alat penguatkuasaan undang-undang bagi mengawasi kawasan-kawasan awam, sekolah dan kawasan perumahan. Umumnya, data yang diperoleh dari video intipan CCTV telah terbukti berjaya dalam mengurangkan dan menggagalkan kegiatan jenayah dan juga dapat membantu mendakwa individu-individu yang ditangkap ketika melakukan jenayah.


Kita tahu ada banyak cara untuk mengekang jenayah dan penggunaan CCTV adalah salah satu cara yang boleh dikatakan efektif. Walau bagaimanapun, rakyat Negara harus bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak polis untuk mengurangkan kadar jenayah dan sama-sama menyelesaikan persoalan yang wujud dalam kalangan masyarakat.

Wednesday, September 3, 2008

Safir 1

Dengan pelancaran setelite oleh Iran pada 18 Ogos 2008 baru-baru ini, sekaligus ini telah membuktikan yang Iran telah berjaya sebagai sebuah negara dunia ketiga yang mampu untuk menghasilkan sebuah setelitenya sendiri dengan menggunakan kepakaran tempatan. Ini terbukti, dimana rekaan dan keupayaanya setanding dengan setelite negara-negara maju yang sekarang ini sedang mengelilingi orbit angkasa.

Pelancaran roket satelite ini dilakukan sebelum subuh dimana ianya telah disiaran secara langgsung menerusi siaran television kerajaan iran dan disaksikan sendiri oleh Presiden Mahmoud Ahmadinejad. Dalam laporan siaran television itu Presiden iran telah menyatakan yang iran kini telah berjaya mengorak langkah untuk menempatkan sebuah satelit sebenar di angkasa lepas selepas usaha percubaannya meletakkan setelite ujian ke orbit iaitu Roket Safir.

Dalam masa yang sama selepas pelancaran Safir 1 keangkasa, komander tentera udara Iran juga telah mengumumkan jet-jet pejuangnya telah dinaikkan taraf untuk membolehkannya terbang 3,000 kilometer tanpa mengisi minyak. Langkah naik taraf ini dibuat bertujuan untuk persedian dalam proses mencari sekiranya setelite yang dilancarkan itu gagal atau terhempas dikawasan-kawasan yang jauhnya lebih daripada 2,000 kilometer dan ini sekaligus meletakkan Israel dalam jangkauan pesawat berkenaan.

Ini telah menimbulkan keresahan kepada Israel apabila Komander Tentera Udara Iran Brigadier Jeneral Ahmad Mighani membuat penyataan yang mereka tidak berhasrat untuk menyerang negara lain tetapi mereka akan mempertahankan diri jika diserang.

Menurut Kerajaan Iran misi pelancaran setelite Safir 1 ini adalah bertujuan dalam memperbaharui dan memperbaiki sistem teknologi komunikasi dan penjana elektrik negara itu. Namun ketegangan wujud apabila Washington mendakwa Iran bertopengkan asalan berkenaan dalam pelancaran setelitenya keangkasa, AS mendakwa pelancaran setelite oleh Iran ini adalah usaha negara itu dalam membanggunkan program nuklearnya.

Dalam masa yang sama Agensi Perisikan AS percaya pelancar oleh Iran itu adalah satu pembaharuan kepada teknologi peluru berpandu Iran Shahab 3, yang mempunyai kemampuan jangkauan 1,300 hingga 1,600 kilometer (800-1,000 batu). Para analis di Global Security berkata bahawa besar kemungkinan teknologi peluru berpandu yang dipertingkat itu adalah satu perlaksanaan dan batu loncatan kepada Iran mengklon peluru berpandu Taepodong buatan Korea Utara yang gagal dilancarkan pada Julai dulu.

Ini secara tidak langgsung membuktikan betapa rapatnya hubungan Iran dan Korea Utara dalam bidang teknologi terutamanya dalam program peluru berpandu. Inilah yang mengejutkan barat yang gusar akan kemungkinan Iran mencipta ICBM (Intercontinental ballistic missile) iaitu peluru berpandu antara benua yang mempunyai kuasa jangkauan jarak jauh hampir 4,000 kilometer (2,500 batu) yang mampu mencecah Eropah Tengah, Rusia, China dan India.

Mengikut laporan juga, pelancaran satelit Iran itu secara kebetulan sama tarikhnya dengan rencana Amerika Syarikat menubuhkan satu sistem pertahanan peluru berpandu di Poland dan Cezch Republik yang bertujuan untuk memintas serangan missil daripada Iran dan Korea Utara. Pihak Agensi Perisik Pertahanan AS juga percaya Iran mempunyai keupayaan membuat peluru berpandu yang mempunyai kemampuan jarak jauh hingga 4,800 kilometer menjelang 2015.

Persoalan yang cuba ditimbulkan sekarang adalah mengapa AS begitu gusar dengan pembangunan dan pelancaran setelite oleh Iran keangkasa sedangkan negara-negara dunia ketiga yang lain tidak pernah mempertikai atau risau dengan pelancaran, pembuatan dan peyelidikan yang dilaksanakan oleh AS sebelum ini. Sampai bila negara-negara dunia ketiga ini harus mengikut telunjuk daripada AS dalam menjadi polis dunia? dimana setiap teknologi yang cuba dibanggunkan oleh negara dunia ketiga haruslah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada mereka.

Sememangnya negara-negara dunia ketiga ini jauh ketinggalan dalam bidang teknologi berbanding AS yang lengkap dengan pelbagai teknologi yang dibangunkan oleh mereka, peluang untuk negara dunia ketiga dalam mencapai revolusi teknologi adalah seperti mustahil sama sekali dengan kongkongan dan desakan yang diberikan oleh AS.

Pelancaran Safir 1 mungkin adalah titik tolak kepada Iran dimana negara itu amat memerlukan pembangunan dan pembaikpulihan sistem komunikasi dan penjana elektriknya. Sejauh mana dakwaan Agensi Perisikan Pertahanan As benar yang menyatakan ini adalah satu usaha Iran dalam membangunkan teknologi peluru berpandu dan nuklearnya?

Ini dapat dilihat apabila Iraq yang sebelum ini didakwa membangunkan teknologi nuklear, diserang habis-habisan menerusi peperangan dimana hasilnya, tidak ada sebarang pembanggunan yang dilaksanakan oleh Iraq dalam membanggunkan teknologi nuklearnya dijumpai. Sedangkan AS masih lagi berkeras bahawa Iraq menyembuyikan nuklear yang dihasilkannya. Dalam hal ini yang menjadi mangsa adalah rakyat negara Iraq dimana mereka terpaksa menghadapi peperangan yang dimulakan oleh AS sendiri.