
Hari ini sekali lagi Negara kita gempar dengan kehilangan adik Sharlinie Mohd Nashar. Suatu tragedi yang meletakkan rakyat kembali resah dengan tahap keselamatan mereka dewasa kini . Persoalan telah diwujudkan iaitu walaupun terdapat pemasangan CCTV iaitu video intipan yang telah merekod proses suspek meletakkan bagasi mayat Sharlini di luar kedai, akan tetapi suspek tetap tidak dapat ditangkap.
Di Malaysia, penggunaan CCTV masih belum lagi meluas penggunaannya tetapi kesedaran tentang keselamatan dari hari ke sehari kian bertambah. CCTV banyak digunakan di pr

Persoalan di sini, sama ada kita akan mempertingkatkan penggunaan CCTV di negara ini pada masa depan. Bagi pihak kerajaan, ia perlu mengambil tindakan proaktif yang dikaitkan dengan keselamatan dan bagi mengelak kerugian berjuta ringgit. Akta serta perundangan perlu ada dan dilaksanakan bagi mendefinisikan penggunaan CCTV secara berkesan.
Pihak kerajaan perlu mengimbangi kepentingan privacy individu dengan penguatkuasaan hak undang-undang dan kepentingan negara. Contohnya, di Perancis, intipan talian telefon dan intipan video elektronik adalah dilarang sekiranya digunakan bagi mencungkil maklumat mengenai kehidupan seks seseorang individu atau kewangan peribadi tetapi dibenarkan untuk intipan ke atas bisnes atau aktiviti politik.
Pada dasarnya, penggunaan CCTV boleh diterima pakai sebagai alat penguatkuasaan undang-undang bagi mengawasi kawasan-kawasan awam, sekolah dan kawasan perumahan. Umumnya, data yang diperoleh dari video intipan CCTV telah terbukti berjaya dalam mengurangkan dan menggagalkan kegiatan jenayah dan juga dapat membantu mendakwa individu-individu yang ditangkap ketika melakukan jenayah.
Kita tahu ada banyak cara untuk mengekang jenayah dan penggunaan CCTV adalah salah satu cara yang boleh dikatakan efektif. Walau bagaimanapun, rakyat Negara harus bekerjasama dan berganding bahu dengan pihak polis untuk mengurangkan kadar jenayah dan sama-sama menyelesaikan persoalan yang wujud dalam kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment