Subscribe

RSS Feed (xml)

Powered By


Powered by Blogger

Monday, July 28, 2008

Pandangan Ithiel de Sola Pool (Voice: Technology of Freedom)


Dalam penyediaan blog pertama essentials17 ini, kami akan membincangkan pendapat-pendapat yang telah diberikan oleh sarjana-sarjana dalam video bertajuk "Voice: Technology of Freedom". Apa yang kami cuba sampaikan kepada anda dalam blog ini, tidak akan hanya mengfokuskan mengenai video ini sahaja akan tetapi ianya juga akan mengfokuskan pandangan dan penyelidikan daripada sumber yang lain.

Mungkin diawal perbincangan dalam blog ini ianya akan menjadi sedikit kabur,dimana ianya akan kelihatan kami menyimpang keluar dari tajuk asal kami iaitu "Teknologi Komunikasi dan Kemodenan" akan tetapi untuk memahami apa itu kemodenan dalam komunikasi, kami perlu mengkaji dan memahami apakah maksud kemodenan dan sejauh manakah teknologi berkembang dari masa ke semasa.

Pada 21 Julai 2008 kami telah menyaksikan video yang bertajuk, Voice: Technology of Freedom, dimana dua orang sarjana iaitu Ithiel de Sola Pool dan Herbert Schiller telah memberikan pandangan mereka. Di dalam video itu, De Sola Pool telah memberikan pendapatnya yang bersifat optimis iaitu beliau melihat perkembangan teknologi dari sudut positif. Pandangan ini telah mengabaikan konflik yang berlaku di dalam masyarakat pada masa itu.

Beliau mengatakan bahawa teknologi meningkatkan peluang kebebasan. Masyarakat bebas untuk mengakses maklumat tanpa halangan. Oleh itu, ia membawa kepada pembaharuan dengan bermulanya penciptaan tulisan, diikuti dengan penciptaan mesin cetak, telegraf, telefon, “wireless” telegraf, televisyen, satelit, computer, gentian optic (fibre optic) dan akhir sekali internet. De Sola Pool beranggapan bahawa pendominasian masyarakat berlaku di dalam masyarakat. Selain itu, beliau beranggapan bahawa teknologi komunikasi melahirkan masyarakat yang pluralist. Beliau mendakwa bahawa privacy tidak wujud sejak Revolusi Perindustrian. Walau bagaiamanapun, beliau bersetuju bahawa komunikasi menetapkan halangan dan limitasi ke atas golongan dominant.

De Sola Pool beranggapan perkembangan teknologi komunikasi membawa kepada revolusi dan mengubah struktur asas masyarakat dengan membawa banyak kemudahan kepada masyarakat dalam kehidupan mereka. Walaupun begitu , kami tidak menafikan dengan pandangan beliau mengenai perkembangan teknologi komunikasi banyak mendatangkan kemudahan kepada masyarakat, tetapi apa yang sebenarnya berlaku dalam reality hanya memihak kepada gologan kaya dan berkuasa sahaja di mana mereka mampu memperoleh kemudahan teknologi komunikasi ini.

Bagi golongan miskin pula, peluang untuk mereka menggunakan teknologi komunikasi adalah terhad. Ini menunjukkan bahawa De Sola Pool tidak mengambil kira struktur sosial dan jurang perbezaan di antara kelas atasan dan bawahan.

Berkaitan dengan masalah privasi , De Sola Pool mendakwa bahawa privasi tidak wujud sejak revolusi industri. Kami tidak bersetuju dengan pandangan beliau kerana pengguna sendiri perlu menjaga privasi sendiri dan bukannya menyalahkan kepada teknologi komunikasi itu sendiri. Hal ini kerana teknologi komunikasi merupakan satu revolusi.

Akan tetapi privasi ini boleh diceroboh sekiranya ada pihak-pihak tertentu yang tidak bertangungjawab menceroboh semata-mata inginkan maklumat-maklumat sulit.Walaupun pengguna telah mengambil langkah untuk melindungi privasi mereka,namun, ianya masih tidak selamat. Ini merupakan salah satu muslihat golongan atasan untuk mengawal tingkah laku golongan bawahan.

Friday, July 25, 2008

Latarbelakang Essentials17...




Daripada pemahaman perkataan "essentials" sendiri mungkin kami boleh dianggap "biasa = basic"...memang kami mengakui yang kami seramai 17 + 1 orang ahli kumpulan ini adalah basic, namun dengan peluang dan kebebasan yang diberikan dalam membangunkan blog ini tidak mustahil yang basic itu akan menjadi tunjang yang memangkin perkara-perkara yang complex...

Dengan adanya pandangan dan pendapat yang berbeza daripada setiap ahli kumpulan, kami percaya dan mampu berusaha dalam mencapai matlamat serta objektif yang kami iginkan. Walaupun kami datang daripada latarbelakang, peringkat umur, negara dan fahaman yang berbeza ini tidak akan menjadi penghalang untuk kami bersatu dan berkerjasama dalam satu kumpulan...

Mungkin daripada sekilas pandang, harapan yang kami cuba nyatakan agak tinggi dan mungkin tidak tercapai dengan apa yang cuba kami lakukan..Tetapi jika difikirkan kembali pepatah english "Nobody is perfect" ada benarnya juga...apa yang penting, belajar daripada kesilapan dan perbaiki dari masa ke semasa dan jangan salahkan orang lain sekiranya kesalahan itu berpunca dari diri sendiri...enough with the mumbling, it's time to blog ...one more thing, is this what freedom are???